background

Tuesday, January 12, 2016

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 3




Pokok Melaka


Hai, kalau nak tahu or dah tahu, sejarah nama Melaka ialah * sebatang pohon di hujung nun smbil tunjuk secara virtualnya * namanya Pokok Melaka. Hahaa amik gamba Mina curi2 sebab nak amik gambar pokok belakang dia hihikk. Umum mengetahui, kisah Parameswara yang menamakan tempat ni Melaka bersempana pohon yang beliau bersandar untuk berehat tika itu ialah pokok Melaka. Sejarah memperlihatkan pada ketika itu bagaimana seekor kijang mampu menewaskan anjing milik Parameswara, disebabkan itu Melaka disinonimkan dengan seekor wira kijang.


Mari kita zooooooooooooooooooooooom in Buah Melaka ! Sejenis buah bulat kecil2 warnanya hijau. Taktahu rasa dia macamana takut nak makan kang jadi bukan2 pula hehe Agak2nya, orang Melaka selain makan sireh pada zaman dulu, dorang mesti makan juga buah ni kan? hoho




Kompleks Muzium Maritim

Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera II, Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri Trengganu. - Sumber.


Dengan bayaran RM 5 Dewasa bolehlah anda2 semua ketiga-tiga muzium di atas. Gambar atas ni, gambar pemandangan dari atas replika kapal *cantikkan view? wink. lagi cantik if takdop org baju merah tu dush2 haish* . Oh yaaaa, mari kita masuk dulu Muzium  Samudera ni ! *akulah yg paling heksaited masuk muzium kot, aku impress sgt ke apentah huhu


awan pun sejuk je mata memandang, berat lagi bahu memikul takdop kaitan mendee dush2. Tinggi betul replika kapal ni, i impress how they can built this huge ship once ago. agaknye, panjat tinggi lagi kapal ni, mungkin boleh buat scene Titanic mungkin lol


Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. -Sumber.

Wahhh lama jugak usia kapal ni, if kira dari tahun perasmian, dah sebaya aku usia dia, 22 tahun hehek. Shafiah is too old for this huhu




Marilah masuk muzium dalam kapal ni mehh ~



Penubuhan replika kapal samudera ini untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. -Sumber


 

aku masuk muzium ni sambil ber'imagine'kan macamana suasana dia, dorang buat perdagangan melalui persiaran berbulan-bulan lamanya. Melaka pula dijadikan pelabuhan entrepot pada ketika itu iaitu, kawasan persinggahan pedagang sebelum berdagang ke negeri lain disebabkan kawasannya yang strategik, bebas daripada angin monsun dan laut yang bergelora. Kawasan ini dijadikan kawasan pertukaran barang sebelum pedagang menghantar barang ke negeri lain. Pelbagai aktiviti jual-beli & pertukaran barang dilakukan pada waktu itu.



Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15

Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal. -Sumber

I was imagined, handsome sangat ke Hang Tuah ni hingga menjadi sebutan dan kesukaan ramai orang. By the way, lepas tengok replika model Hang Tuah, hm takdelah hensem mana, gelap je muka, siap berjanggut dah tua sangat ke time jadi model ni huhu. *haha mendee lah shap oi hehehehehe*


Inilah dia Mendam Berahi. Aku macam pernah dengar but tak sure ape benda, n tak sempat pun nak baca artikel kt suratkhabar tu, so aku snap moga dengan itu aku tak lupa nak search balik ape bendanya Mendam Berahi ni. Ni haaaa kisahnya;

Kisah bermula mengenai kapal Mendam Berahi milik Sultan Mansur Shah yang dilarikan oleh Laksamana Khoja Hassan yang meninggalkan Melaka bersama harta karun semasa serangan Portugis pada tahun 1511. Selepas 500 tahun, pihak kerajaan melantik sebuah agensi untuk mencari kapal tersebut. Agensi tersebut diketuai Madam X yang mengarahkan tiga ejennya Edsa, Tania dan Sara yang dilatih oleh Komander Jiman untuk mengesan kapal tersebut di Kepulauan Sulu. Datuk Azmi, musuh ketat Madam X begitu marah dan iri hati apabila tidak mendapat tender tersebut. Dia mengupah Tiger Telly untuk mensabotaj rancangan Madam X dan tiga srikandinya. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha mengesan kapal Mendam Berahi, namun tiga wanita tangkas tersebut tetap meneruskan misi mereka. - Sumber



Tengok replika-replika kapal kecik2 comel ni, rasa nak cilok satu bawak balik! apesal kiutt sangat wehhh lol


lepastu, i was like imagined to 'lepaskan kapal2 comel ni di tengah2 lautan bersama anak2 satu hari nti' hehehe mana tahu kapal ni boleh sampai balik ke negara Portugis. hihhihihihhihi  



This is model2 duit2 lama aku agak. Mesti beratkan? Berat2 pun nilai dia tinggi. Tak macam sekarang, ringan betui duit RM50 tu sekali pecah takdan seminggu oi *nangishhhh T.T


How was it like? Macam sereeeeeeem je gambar atas ni wehh. Sekali, malam2 hidup bergerak patung2 n kapal2 yang ada ni huissssssh *meremang oi*


~~~~~~~~~~~~~~ 

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka



Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ni merupakan kincir air pertama & terbesar di Malaysia. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara ChinaIndia dan Eropah. - Sumber




~~~~~~~~~~~~~~ 

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan dengan Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar). Muzium TLDM dipindahkan dari pangkalan asalnya di Lumut ke Melaka agar pelawat dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan sumbangan TLDM kepada negara. 

Di kawasan muzium ini juga terdapat Kapal ex-KD Sri Terengganu iaitu di antara kapal peronda TLDM pertama yang ditempah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah ditauliahkan pada tahun 1963.- Sumber


Laaah, now i know, sebab Lumut tempat signifikan bagi TLDM ni. Rupe2nye, ianye dicilok bawak mai Melaka dehh hehehehe




aku sangatt impresss masuk sini! because, i'm one of big fan of the sailors, tambah2 bila diorang semua pakai baju2 korporat khas diorang ni. *melting habissss~ Serius ape perasaan dia wehhhh bila ditauliahkan depan Sultan. tulaa nak cakap try masuk Suksis or Palapes tu semua tak lepas n tak mampu dengan ketahanan diri, mampu admire jelaaa akak2 dan abam2 sado ni haaaa. By the way, one question, takleh ke aku nak try baju depa ni? Kbai


Allahyarham Tan Sri Mohd Shariff berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau memasuki TLDM sebagai Pegawai Kadet KPK pada tahun 1960 semasa berumur 19 tahun. Pengambilan Kadet yang beliau sertai terdiri dari 6 orang PK selepas pengambilan Tan Sri Abdul Wahab.

Pertengahan 1970an menyaksikan beliau banyak memegang jawatan staf serta menghadiri Kursus Staf. Beliau pernah diperjawatkan sebagai PM KD HANG TUAH dan KD PELANDOK yang jelas memperlihatkan beliau banyak memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju TLDM. Beliau merupa kan seorang Pegawai Kanan yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman luas dalam pemerintahan kapal dan flotila TLDM. Prinsip dan kualiti kepimpinan beliau amat disegani oleh warga TLDM. Beliau diperjawatkan sebagai Komander Laut Barat yang bertanggungjawab menguruskan pemindahan TLDM dari Woodlands ke Lumut pada tahun 1981. -Sumber




Nak try bawak helikopter ni sekali boleh? atau awak tolong bawakkan saya? hehehehehe pick up line detected!


Inilah dia Bekas Kapal KD Sri Terengganu!!!! 
Kapal Ex-KD Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Muzium TLDM. Kapal ini telah beroperasi selama 31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai Pemerintah. Ia pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa Konfrontasi Indonesia dan operasi rondaan di pantai timur Semenanjung. -Sumber


~~~~~~~~~~~~~~ 
Penafian : maaflah entri ni terlebih fakta sejarah yang aku tumpang ambil untuk pengetahuan aku. n terlampau banyak pula imagination, over-eksaitedness, and non-stop pictures here n there. So that, you also will get the knowledge, better yess, if not is just for my own collection! It doesn't matter. Till then!


wait ada lagi, part last tauuu, jangan henti sambung baca tiap-tiap part one-by-one okeys? By the way, nahhhh link guys ;

#ShafMinaTrip2Melaka - Part 1








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...